Bagaimana cara nak masak Nasi Oren?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Oren

Bagaimana cara nak masak Nasi Oren?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 3 cawan beras basmati 
  • 4 cawan air • 1 kiub pati ayam 
  • 2 helai daun pandan (Disimpul) 
  • ½ cawan kismis 
  • 4 sudu makan jus oren Sunquick 
  • Sedikit pewarna kuning 
  • 1 pokok daun bawang (Dihiris kasar) 
  • Bawang goreng secukupnya 
  • 3 sudu makan mentega 
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B (Tumisan)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar  (Dihiris)
  • 2 inci kulit kayu manis 
  • 8 kuntum bunga cengkih 
  • 4 biji buah pelaga 
  • 3 kuntum bunga lawang
CARA PENYEDIAAN
    1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan. 
    2. Panaskan mentega di dalam periuk. Tumiskan bahan B sehingga kekuningan dan naik bau. 
    3. Masukkan air, kiub pati ayam, daun pandan, dan garam. Biarkan mendidih. 
    4. Masukkan beras, kismis, dan jus oren. Kacau rata. 
    5. Masakkan nasi seperti biasa sehingga air kering. 
    6. Apabila nasi sudah masak, letakkan pewarna kuning di beberapa tempat di atas nasi. 
    7. Biarkan kering lagi selama 5 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN