Nama lain, nasi minyak hujan panas. Guna beras biasa. Nampak bahan banyak tapi amat mudah menyediakannya. Sedap dimakan dengan masak merah ayam, jelatah dan/atau goreng kunyit sotong.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Minyak Pancawarna
Nama lain, nasi minyak hujan panas. Guna beras biasa. Nampak bahan banyak tapi amat mudah menyediakannya. Sedap dimakan dengan masak merah ayam, jelatah dan/atau goreng kunyit sotong.
BAHAN-BAHAN
- 4 cawan beras (cuci bersih & toskan)
- 2 sudu besar minyak sapi (ghee)
- 1 sudu besar mentega/marjerin
- 1 helai daun pandan (simpulkan)
- 1 batang serai (dititik)
- Bahan A:
- 900ml air + 1 kiub stok ayam
- 200ml susu cair
- 1 biji tomato (potong kiub)
- Bahan B (Kisar Halus):
- 3 ulas bawang merah (kecil)
- 2 ulas bawang putih
- 1.5 sm halia
- Bahan C (Tumis):
- 3-4 kuntum bunga cengkih
- 2-3 kuntum bunga lawang
- 1 (4-6 sm panjang) kulit kayu manis
- 2-3 biji buah pelaga
- Bahan Lain:
- Perwarna merah, kuning dan hijau (warna lain pun boleh)
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan kuali bersama minyak sapi & marjerin. Bila sudah panas, masukkan kesemua bahan C.
- Tumis sekejap sebelum memasukkan bahan B. Tumis hingga layu sahaja dan kemudian masukkan beras, daun pandan & serai. Kecilkan api dan kacau sedikit dan biar dahulu.
- Sementara itu, kacau rata bahan A dalam periuk nasi dan hidupkan suis. Teruskan kacau-kacau beras dalam kuali tadi dalam 20-30 saat lagi sebelum dituang masuk ke dalam periuk berisi campuran susu & air itu. Kacau sebati dan biarkan ia ditanak.
- Bila hampir kering air didihan nasi, buka penutup periuk nasi dan titikkan ketiga-tiga warna di tiga tempat berasingan. Selepas itu jangan kacau/karih nasi, biar ia betul-betul masak. Bila sudah betul-betul masak, baru kacau/karih/gemburkan nasi supaya warna tadi berserakan. Angkat dan letak dalam bekas.
- Nota: Jika suka kismis, masakkan sekali bersama beras, atau sebagai hiasan pun boleh (bersama bawang goreng).
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.