Juadah dari buku ‘Masakan Tradisi Kedah’ yang ditulis oleh Pn Khatijah Md Yatim.. beraroma, sedap dan kena dengan tekak kami..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Lemuni
Juadah dari buku ‘Masakan Tradisi Kedah’ yang ditulis oleh Pn Khatijah Md Yatim.. beraroma, sedap dan kena dengan tekak kami..
BAHAN-BAHAN
- Bahan A:
- 4 cawan beras, cuci dan toskan
- Bahan B – tumbuk lumat:
- 10 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 4 cm halia
- Bahan C:
- 10 kuntum bunga cengkih
- 4 cm kulit kayu manis
- 2 helai daun pandan, disimpul
- Bahan D:
- 4 cawan air – atau secukupnya (saya guna beras basmathi, jadi nisbah beras dan jumlah cecair 1:1.5)
- 1 cawan pati santan
- 1 sudu makan garam – atau secukupnya
- Bahan E – kisar:
- 1 cawan air
- Segenggam daun lemuni
CARA PENYEDIAAN
- Satukan B, C, D dan E di dalam periuk (masukkan garam secukup rasa).
- Masukkan beras dan kacau rata. Jerang di atas api hingga mendidih. (Saya masak dalam rice cooker.. macam masak nasi biasa.)
- Kacau lagi dan apabila air kering, tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak. (Saya kacau apabila air hampir kering dan biarkan hingga masak.)
- Nasi lemuni ini sesuai dihidangkan bersama sambal nyior dan sambal tumis udang.
Untuk resipi sambal nyior/kelapa, rujuk di http://www.myresipi.com/top/detail/20347 - Sebagai rujukan, inilah rupa daun lemuni..
Info tambahan – daun lemuni dimakan sebagai ulam (saya tak tertelan sebab sangat pahit!) atau dimasak dengan nasi oleh wanita yang dalam pantang selepas melahirkan anak.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.