Bagaimana cara nak masak Nasi Kismis Ayam?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Kismis Ayam

Bagaimana cara nak masak Nasi Kismis Ayam?

BAHAN-BAHAN

  • 4 cawan beras Basmati 
  • 3 makan minyak sapi 
  • 1 inci halia (Dihiris halus)          
  • 4 biji bawang merah (Dihiris halus) 
  • 2 ulas bawang putih  (Dihiris halus) 
  • 1 inci kulit kayu manis (Tumisan)     
  • 4 kuntum bunga cengkih (Tumisan)   
  • 2 kuntum bunga lawang  (Tumisan)   
  • 3 biji buah pelaga (Tumisan)         
  • 2 helai daun pandan  (Tumisan)         
  • 4 keping ayam (dibersihkan) 
  • 1 cawan kismis 
  • 4 cawan air 
  • Garam secukup rasa 
  • ½ batang lobak merah  (diparut/cencang halus) 
  • ¼ cawan susu cair 
  • Bawang goreng secukupnya
CARA PENYEDIAAN
    1. Basuh beras dan rendamkan sama paras dengan air selama 30 minit. Tuskan. 
    2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bahan yang dihiris halus dan bahan tumisan sehingga wangi. 
    3. Masukkan ayam dan kismis. Kacau rata. 
    4. Masukkan air dan garam. Masakkan sehingga mendidih. 
    5. Masukkan beras, lobak merah, dan susu cair ke dalam periuk nasi elektrik. Tuangkan bahan gorengan ke dalam periuk elektrik. 
    6. Masak sehingga nasi kering. Gemburkan perlahan-lahan. 
    7. Hidangkan dengan bawang goreng. 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN