sangat sedap & mudah disediakan, menggunakan serbuk nasi goreng Adabi

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Goreng Udang Sedap & Mudah

sangat sedap & mudah disediakan, menggunakan serbuk nasi goreng Adabi

BAHAN-BAHAN

  • 4 cawan nasi
  • 12 ekor udang – ikut citarasa
  • 2 biji telur
  • 1 peket serbuk nasi goreng cina Adabi
  • Cili merah & cili api (dihiris) – ikut pedas
  • daun sup (dihiris)
  • garam
CARA PENYEDIAAN
  • Lerai2kan nasi kita..jangan ada yang berketul2..Pastu, ketepikan.
  • Dalam kuali, panaskan minyak dan goreng telur dulu…hancur2kan. Angkat dan letakkan di atas nasi kita tadi. Ketepikan dulu.
  • Dalam kuali yang sama, panaskan minyak sikit dan goreng pula udang kita dengan sedikit garam sampai keluar air udangnya. Angkat dan letakkan atas nasi kita tadi. Ketepikan dulu.
  • Dalam kuali yang sama, panaskan minyak sikit dan goreng cili pula sampai garing sikit. Pastu, masukkan nasi kita tadi bersama2 dengan telur dan udang yang telah kita sekalikan tadi.
  • Teruskan menggoreng…gaul serata sebelum masukkan serbuk nasi goreng cina dan gaul sebati. Last sekali, masukkan daun sup dan gaul sekejap dan terus tutup api. Siap untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN