Variasikan cara hidangan nugget..Mudah tapi menyelerakan..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi Goreng Nugget
Variasikan cara hidangan nugget..Mudah tapi menyelerakan..
BAHAN-BAHAN
- 3 Mangkuk nasi-leraikan terlebih dahulu
- 1-2 Tangkai cili merah,2 cili padi-letak ikut suka tp lebih sesuai agak pedas
- 2 Ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 5-6 ketul nugget(boleh tambah ikut suka)
- Garam dan serbuk perasa
- Kobis hijau dipotong kecil2
- 1/3 cawan minyak masak(agak2 jer,bgantung jenis nasi)
CARA PENYEDIAAN
- Cili,bawang merah dan bawang putih ditumbuk/dikisar menggunakan pengisar bahan kering.
- Nugget dihiris nipis/dipotong kecil2
- Panaskan minyak,masukkan bahan kisar,kacau goreng seketika dan masukkan nugget. Kacau goreng lagi sehingga kelihatan nugget sudah masak
- Masukkan nasi,garam dan perasa. Kacau goreng sehingga bahan2 sebati bersama.
- Akhir sekali masukkan kobis atau sayur pilihan anda yang sudah dipotong2. Kacau goreng lagi seketika supaya masaknya sekata.
- Serasikan semua rasa dan padamkan api.Sedia untuk dihidangkan begitu sahaja atau bersama lauk pauk kegemaran anda..Selamat Mencuba! ^_^
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.