Saya dapat ni dari blog Zu. Menarik dan lain dari yang lain. Menurut Zu, resipi ni asalnya dimasak seperti nasi tomato, nasi minyak dan lain-lain tu tapi diubahsuai jadi nasi goreng..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Goreng Kismis N Mangga

Saya dapat ni dari blog Zu. Menarik dan lain dari yang lain. Menurut Zu, resipi ni asalnya dimasak seperti nasi tomato, nasi minyak dan lain-lain tu tapi diubahsuai jadi nasi goreng..

BAHAN-BAHAN

  • 2-3 cawan nasi
  • 2 sudu besar minyak zaitun/mentega/minyak sapi
  • 1 biji bawang besar-hiris
  • 1 ulas bawang putih-cincang
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sudu teh serbuk cengkih
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • Mangga kering-cincang
  • 1/3 cawan kismis
  • Daun ketumbar-hiris
  • Garam dan lada sulah
  • Isi ikan salmon/ayam/daging
  • Sedikit air
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak. Tumis bawang, bawang putih, serbuk cengkih dan kayu manis.
  • Masukkan isi ikan/ayam/daging dan masukkan sedikit air.
  • Masukkan lada sulah dan kiub ayam. Kacau, masukkan nasi diikuti dengan kismis dan mangga.
  • Masukkan daun ketumbar dan gaul rata. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN