Resepi ni guna beras jasmin bagi menggantikan beras nasi dagang. Tak payah campur beras pulut. Bagi sape-sape di perantauan bolehlah try.. ;)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Dagang Perantau

Resepi ni guna beras jasmin bagi menggantikan beras nasi dagang. Tak payah campur beras pulut. Bagi sape-sape di perantauan bolehlah try.. ;)

BAHAN-BAHAN

  • 4 cawan beras jasmin
  • 1 tin (400ml) santan pekat
  • 4-5 ulas bawang putih-dimayang
  • 1cm halia – hiris macam bilah mancis
  • 1 sudu kecil halba
  • Garam
  • Gula
CARA PENYEDIAAN
  • Bersih beras dan rendam. Sekurang-kurangnya 4 jam.
  • Ambik 1/4 tin santan. Tambahkan 1/4 cawan air untuk jadikan santan cair. 3/4 tin santan lagi jadikan sebagai santan pekat.
  • Masak santan pekat bersama bawang, halba, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama. Nanti nasi akan rasa cepat muak.
  • Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair. Kukus semula sehingga nasi masak.
  • Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
  • Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol atau kari ayam.
  • Inilah rupa halba (funegreek). Boleh didapati dari kedai yang jual rempah-ratus.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN