Belajar dari kawan di Mukah..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Ayam Sarawak

Belajar dari kawan di Mukah..

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN NASI
  • 500 gram beras (basuh dan toskan)
  • 1 inci halia (mayang halus)
  • 2 ulas bawang putih (mayang halus)
  • 2 ulas bawang merah (mayang halus)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan stock ayam maggi
  • Garam, gula dan MSG secukup rasa
  • Air rebusan ayam secukupnya utk masak nasi
  • 3 sudu besar marjerin
  • 2 helai daun pandan (simpulkan)
  • BAHAN AYAM
  • 1 ekor ayam (potong 8)
  • 4 ulas bawang merah (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 2 ketul kiub ayam maggi
  • 2 ulas bawang merah (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 1 inci halia (mayang)
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos cili
  • Air, minyak utk menumis, garam, gula dan MSG secukupnya
  • BAHAN ACAR
  • 1 biji timun (buang empulur & potong nipis tanpa membuang kulitnya)
  • 1 batang lobak merah ( potong lidi)
  • 2 ulas bawang merah (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 1/2 inci halia (mayang)
  • 1/2 cawan gula
  • 1/4 cawan cuka
  • Garam secukup rasa
  • BAHAN SOS
  • 1 cawan sos cili
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1/2 inci halia (mayang halus)
  • 1/2 cawan air
  • Gula secukup rasa
  • BAHAN KICAP
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1/2 cawan kicap masin
  • 1/2 cawan air
  • 5 biji cili padi (belah 2)
CARA PENYEDIAAN
  • NASI
  • Panaskan marjerin.Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.Masukkan beras.Gorengkan seketika.Masukkan pula stock ayam maggi, garam, gula dan MSG.Kacau sebati.Padamkan api.Pindahkan bahan-bahan ini ke dalam periuk nasi.Masukkan santan dan air rebusan ayam serta daun pandan.Masak nasi seperti biasa.
  • AYAM
  • Panaskan minyak dalam periuk.Tumis bahan yang dimayang hingga wangi.Masukkan air, kiub ayam dan ayam.Masak hingga ayam masak dan air tinggal 1/2 dari asal.Angkat ayam dan toskan airnya.Biarkan sejuk sebentar ayam tadi. NOTE : air rebusan ayam ini boleh di buat sup dan memasak nasi.Utk sup cuma perlu tambahkan garam.
  • Gaulkan ayam, yang telah sejuk dengan bahan selebihnya utk ayam.Perapkan selama 30 minit.Kemudian anda boleh pilih sama ada mahu goreng atau kukus ayam tadi.
  • ACAR
  • Rendam timun, lobak merah, halia, bawang merah dan bawang putih di dalam air cuka selama 1 jam.Kemudian masukkan gula.Rendam kira-kira 2 jam lagi.(seeloknya buat acar ini dahulu).Kemudian toskan airnya hingga tersejat. NOTE : Acar ini boleh disimpan selama sebulan di dalam peti sejuk.
  • SOS
  • Masak kesemua bahan sos hingga sedikit pekat.
  • KICAP
  • Masak bahan kicap hingga sedikit pekat.
  • Hidangkan nasi bersama ayam, acar, sos dan kicap dan sup.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN