murtabak madu

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Murtabak Madu

murtabak madu

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A – Perap
  • 300gm daging/ayam cincang + 2sb Madu + 2sb olive oil atau minyak + 1 sk garam – gaul rata & ketepikan (kalau daging cincang sendiri basuh, keringkan dengan tuala tangan, potong kemudian perap)
  • Bahan B – Doh
  • 1 1/2 cawan tepung + 1 sb gula + 1/2 sk garam – gaul rata
  • 2 sb mentega
  • 1/ caw susu
  • Bahan C – Inti
  • 4 biji bawang besar – potong dadu
  • 1″ inci halia + 3 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 2 sb serbok jintan manis/fennel + 2 sb serbok jintan putih/cumin
  • 1 sk serbok cili/ paprika + 1 sk serbuk lada hitam
  • 3 sb daun sadri atau daun ketumbar/coriander + 1 biji cili hijau – potong
  • 1 sk gula & ajinomoto
  • 4 sb minyak utk menumis
  • Bahan D
  • 5 biji telur – sebiji telur dipukul sedikit, campur dengan 1 bhg inti, utk 1 bhg doh yg telah dicanai, balut & bakar dgn api sederhana, siap & hidangkan
  • Bahan E – Jeruk Bawang bercuka
  • 1 biji bawang besar – buang kulit, belah dua, potong memanjang & dihiris nipis
  • 2 sb cuka + 2 sb air masak + gula & garam secukup rasa + 1 titik warna merah – di gaul dan ramas bersama bawang diatas.
CARA PENYEDIAAN
  • Perap bahan A seperti di atas dan ketepikan
  • Campurkan Bahan B seperti diatas gaul rata tepung, garam & gula kemudian masukan mentega ceraikan mentega dengan jari, masukkan susu, gaul dan uli doh hingga tidak melekat pada tangan, bahagi 5 sapu setiap biji dengan minyak, rehatkan doh dalam dulang dan ketepikan
  • Sediakan initi seperti di atas, panaskan minyak tumis pes halia & bawang putih tumbuk, bila naik bau, masukkan 1/2 bahagian bawang dadu, biar layu seketika, masukan pula bahan A, masukan serbuk cili, jintan manis, putih, lada hitam, gula & ajinomoto masak separuh kering , masukan pula lebihan bawang dadu & cili potong, goeng hingga kering, akhir sekali daun sadri, sejukan dalm bekas, bahagi 5 inti, ketepikan
  • Gaul dan ramas sedikit Bahan E, ketepikan
  • Tebar atau canai doh dahulu dalam sebuah dulang besar, sediakan Bahan D seperti diatas pukul sedikit sebiji telur gaul dgn 1 bahagian inti gaul rata, letak bahan gaul tadi ditengah-tengah tepung yang sudah ditebar tadi bungkus kemas, bakar atas,bawah dengan api sederhana, hidangkan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN