Cepat dan mudah

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

MURTABAK KULIT PUPIA

Cepat dan mudah

BAHAN-BAHAN

  • Kulit pupia
  • 1 biji — Bawang besar (potong dadu)
  • 3 ulas — Bawang putih (cincang)
  • 2 biji — Ubi kentang (potong dadu)
  • 1 sudu makan — Serbuk kari daging (bancuh air)
  • 1 mangkuk kecil — daging atau isi ayam
  • Garam dan perasa
  • 2 biji — Telur
  • 1 cawan — Air
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang besar dan bawang putih hingga agak layu. Masukkan serbuk kari daging hingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan air, ubi kentang, isi ayam atau daging. Masak hingga semua bahan empuk. Masukkan garam dan perasa.
  • Masak hingga kering. Apabila dah kering, pukul telur hingga sebati dan masukkan inti tadi dalam telur dan kacau sebati.
  • Celup kulit pupia dalam air (untuk lembutkan kulit). Hampar atas dulang dan isikan inti yang dikacau dengan telur. Bungkuskan macam buat murtabak.
  • Panaskan kuali leper serta sapu minyak pada kuali,letak murtabak dan balik-balikkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN