Mudah…bila-bila boleh buat, paling sesuai kalau masa tengah bengang atau bosan tahap dewa- dewi…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Muffin Coklat Meleleh

Mudah…bila-bila boleh buat, paling sesuai kalau masa tengah bengang atau bosan tahap dewa- dewi…

BAHAN-BAHAN

  • 125 g mentega
  • 120 g gula halus
  • 125 g tepung berserbuk penaik
  • 3 biji telur gred A
  • 1 camca teh esen vanila
  • 1/2 camca teh ovallate
  • 60 g coklat susu, dicairkan (gunakan kaedah ‘double boiler’)
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega, ovallate dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang. Masukkan juga esen vanila. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  • Sudukan adunan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh.
  • Sudukan 1/2 camca teh coklat susu yang telah dicairkan tadi atas adunan muffin. Bakar pada suhu 175C, selama 20 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN