Muffin rendah lemak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Muffin Ceri

Muffin rendah lemak.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A: 130g mentega (suhu bilik)
  • 150g gula kastor
  • 2 sudu besar susu skim
  • 2 sudu besar madu
  • 2 biji telur
  • Bahan B: 300g tepung naik sendiri (ayak)
  • Bahan C (kacau bersama): 150ml susu rendah lemak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Bahan D: 150g ceri (saya guna ‘red ruby cherry’ dalam tin) – kisar kasar sedikit
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven 180C.
  • Dengan menggunakan pengadun elektrik, dengan kelajuan sederhana tinggi, pukul bahan A kecuali telur. Pukul hingga kembang. Setelah itu, beralih pula ke kelajuan perlahan, sambil itu masukkan telur sedikit demi sedikit. Teruskan pukul hingga adunan sebati.
  • Masukkan sedikit demi sedikit bahan B dan C ke dalam adunan mentega, cara masuknya berselang-seli, mula dengan bahan B (sekurang-kurangnya tiga kali masuk dalam adunan mentega itu). Masa ini cuma guna spatula untuk mengacau.
  • Bila dah habis tepung dan susu, akhir sekali baru masukkan ceri dan gaul rata adunan. Masukkan ke dalam cawan muffin, bakar selama 15-20 minit atau hingga masak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN