bakar @ kukus… (pakai blender je)
–> olahan sendiri dari resepi kawan.. mudah + lembap + padat + kaya dgn coklat ;)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
^ Moist Chocolate Cake @ Kek Coklat Lembap
bakar @ kukus… (pakai blender je)
–> olahan sendiri dari resepi kawan.. mudah + lembap + padat + kaya dgn coklat ;)
BAHAN-BAHAN
- Bahan A (*diayak bersama):
- ??1 1/2 cawan tepung gandum*
- ??3/4 cawan serbuk coklat*
- ??1/2 sk soda bikarbonat*
- ??1 sk baking powder*
- ??secubit garam
- ??1 cawan gula halus
- Bahan B:
- ??1/2 cawan minyak masak
- ??3/4 cawan susu cair / segar
- ??2 biji telur (A) / 3 biji (C)
- ??1/2 sk cuka @ jus lemon
- Bahan Topping:
- ??200ml whipping cream @ susu cair/segar
- ??250g dark chocolate (potong kecil2)
- ??1/4 cawan susu pekat manis (kalau guna whipping cream) @ gula halus (kalau guna susu cair/segar)
- ??1/4 cawan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan oven pada suhu 170 darjah selama 10 minit / didihkan air pengukus.
Masukkan Bahan B dalam blender. Diikuti Bahan A. - Blender kesemua bahan agak2 masanya sehingga kesemua bahan sebati. (jangan blender lama sangat nanti kek bantat pulak)
- Tuangkan adunan ke dalam loyang 20cm yang telah digris dan ditaburkan tepung sedikit (nak senang guna kertas jek) supaya kek tak melekat nanti.
- Bakar kek dalam oven pada suhu 170 darjah selama 40 minit / sehingga masak secara au bain-marie (waterbath). kalau nak bakar biasa pon boleh. Bakar secara waterbath akan melembapkan kek lagi. Atau
kukus kek selama 1 jam / sehingga masak. (Cucuk lidi di tengah2 kek kalau tak melekat, dah masak lah tu) - Keluarkan kek dari oven dan telangkupkan kek di atas redai (untuk mengelakkan kek mendap. Sila hati2 kerana kek sedang panas dan lembut. Nanti kek patah pulak)
- *** Penggunaan cuka tidak akan memasamkan kek. Cuka tersebut akan bertindak balas dengan soda bikarbonat dan baking powder untuk mengembangkan/menaikkan kek bersama telur. (so tak payah guna telur banyak2. jimat telur ye.. kurangkan kalori.. hehe)
*** Bahan2 yang digunakan banyak 3/4, 2/3 sebabnye loyang kecik je nanti kek naik terlebih melimpah pulak. Saya gunakan cawan metrik yang mempunyai senggat. (Sape2 yg takde, agak2 je la tulis ngan marker pen ye. huhu.. sorry~)
- Topping:
Panaskan whipping cream sehingga hampir mendidih dan masukkan bahan yang lain. Tutup api dapur dan kacau sehingga adunan topping sebati. - Kek yang dah sejuk dibelah dua ditengah. Tengah2 kek sapukan sedikit topping dan cantumkan (hati2 kek mudah patah).
- Lebihan topping tadi dituangkan (pastikan topping masih cair- mudah untuk disapu) di atas kek dan ratakan keseluruhan kek. Hias mengikut kreativiti anda.
*kalau nk guna strawberry, pastikan strawberry tersebut telah diserap airnya terlebih dahulu (potong awal2 dan lap air guna kitchen paper / tisu) kerana strawberry yang basah akan merosakkan topping kek nanti.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.