Sudah banyak kali saya buat, puas hati dengan hasilnya macam dekat kedai roti.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mixed Vegetable Breads

Sudah banyak kali saya buat, puas hati dengan hasilnya macam dekat kedai roti.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 440 gram tepung roti/tepung berprotein tinggi
  • 60 gram tepung halus @ ‘superfine’
  • 100 gram gula
  • 1 sudu teh garam halus
  • 30 gram (2 sudu besar) susu tepung
  • 1 sudu teh penaik roti
  • 4 sudu teh (1 peket) yis kering
  • Bahan B:
  • 250 ml air
  • 1 biji telur (pukul sikit)
  • Bahan C:
  • 80 gram lemak sayuran
  • Untuk Inti Sayur Campuran:
  • Sayur campur
  • Jejari ketam, disiat-siat
  • Mayonis
CARA PENYEDIAAN
  • Canai doh empat persegi dan letakkan hotdog dihujung doh.
  • Kemudian gulung doh yang mengandungi hotdog.
  • Letakkan gulungan roti hotdog di atas loyang dan mula bentukkan roti. Menggunakan gunting potong serong 45 darjah. Setiap kali gunting tolak doh yang telah digunting ke kanan dan ke kiri berselang-seli sehingga habis.
  • Beginilah hasil roti yang telah dibentukkan.
  • Roti yang telah dibentukkan.
  • Roti yang telah diperap dan hendak dibakar.
  • Sos cili dan mayonis yang disediakan di dalam beg plastik supaya mudah untuk paipkan di atas roti.
  • Bila roti telah 3/4 masak taburkan atasnya dengan sayuran campuran dan bakar selama 3 minit. Kemudian paipkan sos cili dan mayonis dan bakar lagi selama 3 minit.
  • Untuk inti sayur campuran – Bahan di atas digaul rata. Roti yang telah dibentukkan disapu dengan 1 biji telur yang telah dipukul dan dicampur dengan 1 sudu besar susu segar. Kemudian bakar setengah masak. Keluarkan dan letakkan inti roti di atas roti dan juga sapu sedikit lagi bancuhan telur di tepi roti. Sambung bakar sehingga warna serata. Bila roti telah masak, keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega. Ini supaya roti lembut. Kemudian paipkan sos cili dan juga mayonis. Masukkan ke dalam oven selama 1 minit dan keluarkan. Sedia untuk dihidang.
  • Untuk sos cili, saya gunakan sos cili Maggi yang dibancuh dengan air panas dan tambahkan dengan sedikit gula. Agar sosnya tidak terlalu pekat.
  • Cara menyediakan doh roti:
  • Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
  • Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
  • Biarkan doh selama 30 – 40 minit.
  • Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
  • Bahagikan doh kepada 70 gram untuk membuat Mixed Vegetable Bread. Bulat-bulatkan doh. Rehatkan 10 minit.
  • Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
  • Biarkan hingga naik 40 minit – 1 jam.
  • Bakar hingga masak.
  • Nota: Boleh juga masukkan kesemua bahan dalam mesin pembuat roti dan tekan ‘DOUGH’ untuk menguli adunan roti.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN