dengan parutan carrot…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
:) Mini Sausage Rolls
dengan parutan carrot…
BAHAN-BAHAN
- 1/2 peket yis 11gm (6.5gm)
- 2 sudu besar gula
- 1 biji telur (dikocok)
- 2 sudu besar susu cair
- 400gm tepung gandum
- 2 sudu besar lemak sayur / margerin
- 1 sudu kecil baking powder
- secubit garam
- 1/2 cawan air suam- masuk sikit2
- 4 batang sosej
- 3 sudu besar carrot yg diparut halus
CARA PENYEDIAAN
- Dalam mangkuk kecil, masukkan yis, gula, telur dan susu dan separuh air suam. Kacau guna sudu dan ketepikan.
- Dalam bekas besar, masukkan tepung, baking powder, lemak sayur/margerin. Gaul hingga rata.
- Masukkan campuran yis tadi, parutan carrot dan tambah lebihan air suam tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga rata. Adunan memang sedikit melekit tapi tak perlu tambah tepung. Biarkan sahaja.
- Sementara itu, potong 2 sosej dan belah kepada 4 bahagian. Buat hingga dapat 30 bahagian.
- Tabur sedikit tepung atas papan pencanai, ambil sedikit adunan seberat 15-20gm. (besar sikit dari bola pingpong). Canai memanjang. Lilit adunan pada sosej tadi. Susun atas dulang yang ditabur sedikit tepung. Ulang hingga habis.
- sediakan 2 mangkuk. Satu berisi air dan satu lagi berisi serbuk roti. Celup sosej yang telah naik ke dalam air dan golekkan ke atas serbuk roti. ulang hingga habis
- Goreng sosej dengan minyak penuh dengan api sederhana hingga keperangan. sedap cecah sos cili dan mayo.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.