Sesuai untuk minum petang, resepi ciptaan sendiri

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mini popia Goreng

Sesuai untuk minum petang, resepi ciptaan sendiri

BAHAN-BAHAN

  • 2 bungkus kulit popia ( saiz kecil )
  • Sebungkus daging lembu hancur ( boleh guna Ramly daging kisar )
  • 3 biji kentang
  • 3 batang karot
  • Kacang peas ( 1 tin kecil )
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • Sedikit garam
  • Secubit serbuk perasa
  • Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Kentang, karot dan bawang besar dipotong kecil / dadu.
  • Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.
  • Panaskan sedikit minyak dan masuk kan bawang yg ditumbuk tadi.
  • Masukkan daging kisar dan kacau hingga setengah masak.
  • Masukkan kentang, karot dan bawang besar.
  • Bila bahan-bahan hampir masak, masukkan pula kacang peas.
  • Tambahkan sedikit garam dan secubit serbuk perasa.
  • Kacau hingga masak dan sejukkan.
  • Isi inti kedalam kulit popia dan gulung macam biasa. Gunakan sedikit air sebagai gam.
  • Goreng diatas minyak sederhana dan bila sudah kekuningan bolehlah diangkat. Selamat mencuba. [x]

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN