Resipi dari blog Jepun. Sesuai untuk penggemar teh. Guna daun teh yang sesuai untuk buat teh susu. Saya guna Darjeeling.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Milk Tea Poundcake

Resipi dari blog Jepun. Sesuai untuk penggemar teh. Guna daun teh yang sesuai untuk buat teh susu. Saya guna Darjeeling.

BAHAN-BAHAN

  • 120gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 80gm mentega
  • 2 biji telur (asingkan kuning dan putih telur)
  • 1 uncang teh untuk teh susu
  • 2 uncang teh untuk adunan (keluarkan dari beg)
  • 50cc susu segar
  • 80gm gula halus
  • *untuk hiasan – krim segar, gula
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan susu segar, masukkan 1 uncang teh untuk buat teh susu. Biarkan sejuk. Buang uncang tadi.
  • Dalam mangkuk pukul mentega sampai putih, masukkan separuh (40gm) gula.
  • Masukkan kuning telur sebiji, kacau dan masukkan sebiji lagi. Kacau lagi.
  • Dalam mangkuk lain pukul putih telur sampai putih, masukkan lebihan gula dan pukul lagi sampai jadi ‘meringue’.
  • Masukkan 4. ke dalam 3. kemudian gaul masuk tepung dan serbuk penaik yang telah diayak.
  • Masukkan teh susu dan daun teh dari 2 uncang, gaul rata.
  • Tuang adunan ke dalam bekas beralas kertas. Buat lurah V di tengah.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan ke suhu 170 darjah selama 30 minit atau bila dicucuk lidi keluar bersih.
  • Untuk hiasan bolehlah pukul krim dengan sedikit gula. Boleh juga letak buah-buahan seperti beri hitam, strawberi dan sedikit chervil atau pudina.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN