Bagaimana cara nak masak Mihun Sup Utara?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mihun Sup Utara

Bagaimana cara nak masak Mihun Sup Utara?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 1 paket mihun    
  • 2 sudu makan serbuk kunyit * Direndam bersama beberapa jam dan tuskan
  • Bahan B (Kuah)
  • 500 g daging berlemak muda (Dihiris tebal) 
  • 500 g tulang lembu 
  • 1 bunjut rempah sup bunjut 
  • 2 inci halia (Dihiris)             
  • 3 ulas bawang putih  (Dihiris)   
  • 5 biji bawang merah  (Dihiris)    
  • 1 sudu makan lada hitam  (Ditumbuk kasar) 
  • 1 inci kulit kayu manis 
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 5 kuntum bunga cengkih 
  • 2 biji buah pelaga 
  •  Garam secukup rasa 
  •  Air secukupnya 
  • Bahan C (Hiasan)
  • 2 pokok daun sup (Dihiris)
  • 2 pokok daun bawang   (Dihiris)   
  • 2 biji cili merah   (Dihiris)
  • 100 g bawang goreng 
  • 3 biji limau kesturi (Dibelah 2) 
  • Bahan D (Sambal Merah)
  • 15 tangkai cili kering 
  • 4 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • (Cili kering, bawang merah dan bawang putih dikisar halus)
  • 1 labu bawang besar (Dimayang) 
  • 3 sudu makan sos tomato 
  • 3 sudu makan sos cili 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • 1 sudu makan cuka 
  • 1 sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    Cara Membuat Kuah
    1. Rebuskan semua bahan B sehingga daging betul-betul lembut. 
    2. Apabila sudah lembut, hiris daging nipis. 
    3. Celurkan mihun supaya lembut kemudian tuskan. 
    4. Masukkan mihun dan daging serta bahan C di dalam mangkuk dan letakkan kuah. Hidangkan bersama sambal merah.
    Cara Membuat Sambal Merah
    1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak. 
    2. Masukkan bawang besar, sos tomato, dan sos cili. Kemudian kacau rata sehingga pecah minyak. 
    3. Masukkan cuka, garam, dan gula. Masakkan sehingga pekat.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN