Bagaimana cara nak masak Mihun Goreng Cili Api?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Mihun Goreng Cili Api
Bagaimana cara nak masak Mihun Goreng Cili Api?
BAHAN-BAHAN
- 1 paket mihun (Direndam dan tuskan)
- 20 biji cili api
- 3 biji cili merah
- 2 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 sudu makan udang kering
(Semua cili api, cili merah, bawang merah, bawang putih & udang kering dikisar bersama) - 200 g sotong (Dihiris)
- 100 g udang
- ½ cawan air
- 200 g kubis (Diracik)
- 1 batang lobak merah (Dihiris halus)
- 200 g sawi (Dipotong pendek)
- 2 keping tauhu goreng (Dihiris nipis)
- 3 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
- Masukkan sotong dan udang. Kacau rata.
- Apabila sotong dan udang masak, masukkan garam dan air. Kacau
rata. - Masukkan kubis, lobak merah, sawi dan mihun. Kacau rata sehingga
sebati. - Gaulkan rata sehingga mihun lembut.
- Semasa menghidang, taburkan tauhu, hirisan daun bawang dan cili
merah.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.