Bagaimana cara nak masak Mi Soto?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mi Soto

Bagaimana cara nak masak Mi Soto?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 1 paket mi kuning (Dicelur dan tuskan) 
  • 1 cawan tauge (Dibuang akarnya) 
  • 1 pokok daun sup (Dihiris)
  • 1 pokok daun bawang (Dihiris)
  • Sedikit bawang goreng
  • Bahan B (Kuah)
  • 500 g dada ayam 
  • 3 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 2 inci halia 
    (Semua bawang merah, bawang putih & halia ditumbuk bersama)
  • 3 batang serai (Diketuk) 
  • 1 inci kulit kayu manis 
  • 3 kuntum bunga lawang  
  • 7 kuntum bunga cengkih 
  • 3 biji buah pelaga 
  • Air secukupnya 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Masukkan semua bahan B ke dalam periuk dan masakkan sehingga ayam lembut. 
    2. Keluarkan ayam dan koyakkan isi ayam. 
    3. Masukkan mi, isi ayam yang dikoyakkan tadi, tauge, daun sup dan daun 
      bawang ke dalam mangkuk. Tuangkan sup. 
    4. Hidangkan bersama bawang goreng dan sambal kicap pedas

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN