Resepi mi hailam.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mi Hailam

Resepi mi hailam.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kg mi kuning
  • 1/4 kg daging ayam dan daging lembu
  • 10 ekor udang (sedang)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 sudu besar ciliboh
  • 1 ikat sawi hijau
  • 1 potong kobis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 bungkus ‘baby corn’
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang
  • 2 biji limau nipis
  • Sos cili, sos tomato, kicap
  • 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam dan daging direbus bersama 4 cawan air.
  • Tumis bawang (putih dan merah) yang telah ditumbuk sehingga naik baunya. Kemudian masukkan ciliboh dan kacau hingga garing.
  • Masukkan udang dan rebusan daging serta ayam tadi. Tambah garam, ajinomoto serta sedikit gula (secukup rasa). Masukkan lobak merah, ‘baby corn’ dan kobis. Masukkan pula sawi dan mi. Tuangkan sos cili dan sos tomato ke dalam ramuan tadi.
  • Tuangkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau.
  • Akhir sekali masukkan kicap dan gaulkan sehingga masak. Untuk menghidangnya, taburkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang serta hirisan limau nipis.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN