Bagaimana cara nak masak Mi Goreng Mamak?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mi Goreng Mamak

Bagaimana cara nak masak Mi Goreng Mamak?

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket mi kuning 
  • 1 labu bawang besar (Dicencang halus) 
  • 3 sudu makan cili kisar 
  • 1 sudu teh rempah kari 
  • 100 g daging (Dihiris nipis) 
  • 2 keping kek ikan (Dihiris nipis) 
  • 100 g bebola ikan (Dibelah 2) 
  • 3 sudu makan kicap pekat 
  • 1 cawan tauge (Dibuang akar) 
  • 1 pokok sawi (Dipotong kecil) 
  • 3 biji telur ayam 
  • ½ cawan air 
  • 3 biji cili hijau (Dihiris nipis) 
  • 2 sudu minyak masak
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang besar, cili kisar, dan rempah 
      kari sehingga pecah minyak. 
    2. Masukkan daging dan air. Masakkan sehingga daging lembut dan air 
      kering. 
    3. Masukkan kek ikan dan bebola ikan. Biarkan sebentar. 
    4. Masukkan kicap pekat dan mi. Kemudian kacau rata. Masukkan 
      tauge dan sawi. 
    5. Ketepikan mi dan pecahkan telur di tengah-tengah kuali. Biarkan telur itu masak sedikit, barulah dikacau dan digaul rata. 
    6. Masakkan sehingga mi sedikit kering.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN