Malam ni mak yang masak dinner…kami makan mee udang keledek…sedap tau..!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Udang Keledek.

Malam ni mak yang masak dinner…kami makan mee udang keledek…sedap tau..!

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kg keledek
  • 1 kg udang (dibersihkan)
  • 5 biji bawang merah (shallots)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • secawan udang kering
  • 5 sudu besar serbuk kari daging
  • bebola ikan/sotong/udang (ikut suka banyak mana nak..)
  • tauhu pok (nak letak boleh taknak pun takpe..pun ikut suke banyak mana nak..)
  • air dan garam secukupnya serta minyak untuk menumis.
  • Bahan sampingan:
  • Daun bawang dan daun sup
  • Bawang goreng
  • Sawi celur
  • Limau kasturi dibelah2
  • Telur rebus dibelah2
  • Mee kuning di celur. ( ikut le banyak mana nak makan..)
CARA PENYEDIAAN
  • Kupas keledek dan potong kecil2. Rendam sekejap dan kisar bersama secawan air.
  • Masukkan keledek kisar ke dalam periuk masukkan air cukup untuk kuah dan jerang hingga mendidih dan agak pekat.
  • Sementara itu, tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering sehingga lumat.
  • Panaskan minyak, dan tumiskan bahan2 yang ditumbuk lumat hingga naik bau dan kekuningan.
  • Masukkan rempah kari yang dibansuh dgn sedikit air. Tumis lagi sehingga bahan tumisan menjadi ringan dan garing.
  • Masukkan keledek kisar yang direbus tadi kedalam tumisan dan biarkan sehingga mendidihdan pekat. jangan lupa masukkan garam secukup rasa.
  • Setelah mendidih boleh lah masukkan udang, bebola dan tauhu pok. Biarkan mendidih sekali lagi.
  • Bila dah masak hidangkan bersama bahan sampingan yang ditabur di atas mee,siram kuah dan nikmati ketika masih panas..sedap..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN