Untuk makan petang…sesuai untuk cuaca panas sekarang ni.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Sup Bidan Terjun

Untuk makan petang…sesuai untuk cuaca panas sekarang ni.

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus mee laksa
  • 1 inci halia, dititk*
  • 2 keping hirisan lengkuas*
  • 4 ulas bawang putih, dititik*
  • 1 inci kulit kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 4 kuntum bunga cengkih*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 2 cawan isi ayam
  • 15 – 20 ekor udang sederhana besar
  • 1/2 batang lobak merah, dipotong serong
  • 6 batang putik jagung, dihiris serong
  • 10 kuntum cendawan tiram, belah dua
  • 1 batang kucai, dihiris halus
  • 3 keping tauhu, potong dua, goreng dan hiris nipis
  • Lada sulah, garam dan serbuk perasa (jika suka)
  • 1 kiub stok pati ayam Maggi
  • Tauge secukupnya
  • Hirisan daun sup/bawang, bawang goreng dan cili jeruk/lada kicap sebagai bahan sampingan
CARA PENYEDIAAN
  • Rendam mi laksa 30 minit. Rebus hingga lembut. Toskan dan bilas dengan air paip, toskan dan gaul dengan sedikit minyak makan. Ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk (kurang lebih 2 camca makan), tumis bahan bertanda (*) hingga wangi. Masukkan air secukupnya (kurang lebih 2 liter). Masukkan daging ayam dan biar mendidih.
  • Kemudian masukkan kesemua sayur-sayuran dan juga udang. Masukkan kiub stok ayam, serbuk perasa dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan lada sulah kurang lebih 1 camca teh. Biar mereneh pada api perlahan hingga sayur lembut.
  • UNTUK PENYEDIAAN:- Masukkan mi dan tauge ke dalam mangkuk, tuang kuah dan hias dengan tauhu, daun sup/bawang, bawang goreng, lada jeruk atau lada kicap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN