Resepi sendiri

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee siam berkuah taucu

Resepi sendiri

BAHAN-BAHAN

  • Untuk Kuah
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 1/2 sudu besar taucu
  • 2 gelas air
  • Sedikit gula
  • Untuk Mee
  • 1 Bungkus meehoon
  • Isi Ayam
  • Udang
  • Sawi
  • Taugeh
  • Daun kucai
  • Sedikit daun sup
  • 2 sudu besar taucu
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Bahan menumis untuk diblender
  • 10 tangkai cili kering
  • 10 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan udang kering
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk kuah. Panaskan minyak. Tumiskan taucu hingga naik bau. Masukkan air, gula dan biar mendidih. Kecilkan api biar mendidih lagi sehingga anggaran air tinggal segelas. Sejukkan.
  • Blendkan kuah taucu supaya semua kekacang soya hancur dan kuah memekat.
  • Untuk mee
  • Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 penumis yang telah diblender sehingga naik bau.
  • Masukkan sedikit garam, taucu, udang dan isi ayam.
  • Masukkan bihun yang telah direndam sehingga lembut.
  • Gaul bihun sebentar. Kemudian masukkan sayur2an dan gaul sebati.
  • Hidang mee siam bersama semangkuk kecil kuah. Bila nak makan baru tuangkan kuahnya.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN