Mee rebus perantauan

ciptaan sendiri untuk menjamu tetamu bertandang sempena Aidilfitri yang lalu…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee rebus perantauan

ciptaan sendiri untuk menjamu tetamu bertandang sempena Aidilfitri yang lalu…

BAHAN-BAHAN

  • sekilo mee kuning
  • 20 biji cili kering dikisar
  • 2 labu bawang besar dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • segenggam udang kering dikisar
  • 300g keledek direbus
  • 1 cawan kacang tanah yang telah dikisir
  • sekilo daging yang ada tulang direbus
  • 300g udang segar di rebus
  • 4 biji tomato potong 6
  • gula dan garam
  • bahan hiasan: sawi,taugeh,cili hijau,limau nipis, telur rebus, bawang goreng.
CARA PENYEDIAAN
  • tumis bahan-bahan kisar(bawang besar,bawang putih dan halia) sehingga kekuningan masukkan cili kisar dan udang kering, bila keluar minyak masukkan tomato yang dipotong 6.
  • masukkan daging bersama air rebusan,bila mendidih masukkan keledek rebus yang telah dikisar.
  • masukkan udang bersama air rebusannya dan masukkan sekali kacang tanah yang telah dikisar. perasakan garam dan gula.
  • hidangkan mee yang dicelur dengan air panas bersama kuahnya dan bahan hiasan.
    p/s sekiranya kuah agak pekat bolehlah di tambah air.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago