resepi dari mak sedara di kampung…bahan murah dan mudah disediakan.Cuba lah… (gambar dari laporan masakan)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Rebus Perak

resepi dari mak sedara di kampung…bahan murah dan mudah disediakan.Cuba lah… (gambar dari laporan masakan)

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket mee dicelur
  • 3 biji keledek sederhana besar
  • 10 tangkai cili kering
  • segenggam udang kering
  • 1 sudu besar gula merah atau gula putih
  • garam secukup rasa
  • 1 biji bawang besar & 5 ulas bawang putih dikisar bersama
  • 3 batang sawi, dipotong dan dicelur
  • 3 keping tauhu digoreng dan dihiris
  • 2 biji telur direbus
  • 2 tangkai daun bawang dipotong halus
  • 2 tangkai cili merah dihiris halus
  • garam secukup rasa
  • 1 mangkuk kecil kacang tanah(goreng tanpa minyak dan kisar)
CARA PENYEDIAAN
  • Keledek dikupas kulitnya dan dipotong kecil untuk senang empuk. Cili kering, udang kering dan keledek direbus dalam periuk bersama 1 liter air. Rebus selama 30 minit.
  • Sesudah empuk, sejukkan dan tapiskan.Kemudian kisar dalam blender bahan-bahan yang direbus tadi bersama 2 cawan air.
  • Menyediakan Kuah:
    Panaskan sedikit minyak dalam periuk sederhana besar semuat untuk kuah mee. Masukkan bawang yang dikisar, goreng hingga garing, kemudian masukkan bahan yang diblender tadi.Sambil itu masukkan 1 liter air jika kuah terlalu pekat.
  • Masukkan kacang tadi kacau dan biarkan mendidih dengan api sederhana. Kemudian masukkan garam secukup rasa, gula putih dan gula merah. Biarkan mendidih dalam 15 minit untuk kuah cukup masak.
  • Boleh dihidangkan mee tadi dengan sawi celur, telur rebus, hirisan daun bawang dan cili serta tauhu goreng dan tuangkan kuah kedalam mee tadi. Sedia untuk dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN