Mee ni tak pedas sebab anak-anak tak makan pedas tapi jika suka, tambahkan cili boh atau tumbuk 1 biji cili hijau bersama 2 biji cili api..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Goreng My Style

Mee ni tak pedas sebab anak-anak tak makan pedas tapi jika suka, tambahkan cili boh atau tumbuk 1 biji cili hijau bersama 2 biji cili api..

BAHAN-BAHAN

  • 500gm mee kuning
  • 2 keping tauhu (goreng dan potong kecil)
  • Sedikit sawi dan taugeh
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih ditumbuk
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 8 ekor udang dibuang kulit dan sedikit isi ayam
  • 1-2 biji telur
  • Minyak dan garam dan serbuk perasa jika suka
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan sos cili. (Jika suka pedas masukkan cili boh/cili yang ditumbuk). Tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan udang dan isi ayam. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap. Masukkan juga serbuk perasa jika suka. Kacau.
  • Masukkan mee, sayuran dan tauhu. Pecahkan telur dan gaul sebati. Angkat dan hidang mengikut selera.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN