Resepi bonda…kalau balik kg wajib kutip ulam banyak2..;)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

:) Masak Lemak Putih Pucuk Salam

Resepi bonda…kalau balik kg wajib kutip ulam banyak2..;)

BAHAN-BAHAN

  • 2 mangkuk daun salam (suka ambil sekali bunga dia)
  • 1/2 labu bawang besar (hiris nipis)
  • 1 biji bawang putih (hiris nipis)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 mangkuk kecil santan @ secukupnya
  • udang segar- kuantiti ikut suka
  • Cili merah – hiris nipis (kalau nak pedas boleh hiris sedikit cili padi)
  • Garam dan air
CARA PENYEDIAAN
  • Daun salam dibersihkan dan dipotong dua kalau yang bersaiz besar.
  • Disebabkan saya guna santan pekat, jadi saya masukkan 1 cawan air dan separuh santan dalam periuk. Masukkan daun salam, bawang, udang dan cili. Masak sambil dikacau hingga mendidih.
  • Apabila pucuk salam hampir empuk, masukkan baki santan, garam dan cili. Kacau hingga mendidih sekali lagi dan tutup api.. Selamat mencuba…:)
  • p/s: Petua bonda.. kalau masak lauk/sayur yang bersantan selalunya bonda akan asingkan pati dan airnya.. Didihkan dulu air santan dengan bahan2..bila dah hampir masak baru masukkan pati santan agar santan tak pecah minyak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN