Resipi keluarga turun-temurun. Versi orang Rembau.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Lemak Cili Api

Resipi keluarga turun-temurun. Versi orang Rembau.

BAHAN-BAHAN

  • * Ayam 1 ekor (atau daging, udang, sotong)
  • * Cili api 20 ulas, ditumbuk atau dikisar (boleh tambah atau kurangkan mengikut tahap kepedasan)
  • * Bawang putih 2 ulas, dihiris
  • * Bawang merah 4 biji, dihiris
  • * Halia 2 inci, dihiris
  • * Serai 1 batang, diketuk
  • * Asam keping 1 keping
  • * Kunyit, garam
  • Santan (dari 1 biji kelapa)
  • Kentang 2 biji, dibelah empat atau lapan
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua bahan * ke dalam periuk. Tambah sedikit air dan renehkan dengan api kecil sehingga semua bahan mesra dan air ayam keluar (atau daging empuk).
  • Setelah air ayam agak kering, masukkan santan dan kacau sekali-sekala (untuk memastikan santan tidak pecah minyak dan berwap melimpah keluar) di atas api sederhana.
  • Akhir sekali, masukkan kentang. Tambah garam jika perlu. Tutup api bila kentang telah empuk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN