Masakan resipi mak…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Kicap Lemak

Masakan resipi mak…

BAHAN-BAHAN

  • 5 ketul ayam (saiz biasa) – kalau tak suka ayam, boleh tukar dengan 2 ekor ikan kembong (saiz besar lagi cun)
  • 2 ulas bawang merah (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 inci halia (hiris nipis kemudian potong jadikan memanjang)
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 ke 1 sudu besar serbuk lada hitam (cara asal guna lada hitam biasa kemudian tumbuk tapi tak hancur sangat tapi saya nak cepat guna serbuk segera je la)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 ulas bawang besar, 2-3 tangkai cili merah (sebagai penyedap rasa…)
  • 2 keping asam jawa, minyak untuk menggoreng (dalam 2 sudu besar ok la kut)
  • Garam + gula secukupnye (kalau tahap kemasinan kicap dah cukup tak payah bubuh garam)
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam/ikan digoreng macam biasa, digoreng terlebih dulu (gaul jugak dengan kunyit tapi garam bubuh sikit je…)
  • Panaskan kuali, minyak kemudian tumis bawang merah, putih, halia hingga naik bau kemudian masukkan kicap dan lada hitam. Guna api sederhana je. Kacau lepas tu masukkan santan dan asam keping.
  • Biar mendidih sekejap baru masukkan gula, garam, bawang besar (potong bulat) & cili merah (buang tangkainye, belah 4, potong dari atas ke bawah tapi jangan sampai putus).
  • Kacau sekejap kemudian masukkan ayam/ikan goreng lepas tu gaul rata & tutup api. Siap untuk dihidang dan makan!
  • Masakan ni memang beku sikit (i.e. kurang kuah) jadi kalau nak kuah lebih, santan pekat boleh dicampur dengan air…

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN