dialih bahasa dpd marthastewart.com dan diubah sikit ikut citarasa sendiri. First eksperimen buat marshmallow for my doter’s upcoming bday. 2 thumbs up!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Marble marshmallow

dialih bahasa dpd marthastewart.com dan diubah sikit ikut citarasa sendiri. First eksperimen buat marshmallow for my doter’s upcoming bday. 2 thumbs up!

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan gula
  • 1 sudu besar liquid glucose
  • 30 gm serbuk gelatin
  • 3/4 sudu teh esen vanilla
  • 2 biji putih telur
  • pewarna (saya guna pink)
  • minyak masak (untuk gris loyang)
  • *3/4 cawan air – utk buat gelatin
  • *3/4 cawan air – utk buat liquid glucose
CARA PENYEDIAAN
  • griskan loyang dengan sedikit minyak masak, ketepikan.
  • utk adunan glucose, masukkan gula, liquid glucose dan 3/4 cawan air ke dalam periuk kecil. Masak dgn api sederhana sehingga gula larut dan mendidih. Tutup api.
  • Utk adunan gelatin pula, sediakan 3/4 cawan air di dalam bekas tahan panas. Taburkan gelatin dan biarkan melarut selama 5 minit. Lepas tu, ambil bekas dan letak dalam double boiler. Kacau kejap jer utk pastikan gelatin benar2 larut. Masukkan esen vanilla. Tutup api dan satukan dgn adunan glucose tadi. Ketepikan.
  • Dgn menggunakan mixer, pukul putih telur sampai kembang dan muncul soft peak. Kemudian, masukkan adunan gelatin+glucose tadi dan pukul dengan kelajuan paling tinggi selama 12-15 minit (sampai adunan menjadi tebal dan gebu).
  • Masuk adunan ke dalam loyang. Letak 3-4 titik pewarna dan buat corak marble di atas nya dgn lidi. Biar adunan mengeras semalaman (jgn ditutup).
  • Potong ikut shape segiempat tepat setebal 2 inci dgn pisau basah. Basahkan tangan sewaktu memotong sbb marshmellow mmg melekit. *Tips: Salut dgn sedikit tepung jagung (yg dah diayak) dan biarkan kering sblm letak dalam bekas kedap udara.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN