Mango sago, atau sagu mangga, satu dessert yang agak popular di Tawau, Sabah. Sedap dihidangkan pada hari panas atau berbuka puasa nanti. Rujukan: http://zachoes.blogspot.com/2011/05/resepi-mango-sago-sagu-mangga.html

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mango Sago (Sagu Mangga)

Mango sago, atau sagu mangga, satu dessert yang agak popular di Tawau, Sabah. Sedap dihidangkan pada hari panas atau berbuka puasa nanti. Rujukan: http://zachoes.blogspot.com/2011/05/resepi-mango-sago-sagu-mangga.html

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji mangga besar @ 2 biji mangga sederhana, masak ranum – isinya lebih kurang 1C + 1/4C
  • 1/4C biji sagu kecil – boleh dikurangkan kpd 1/8C
  • 1/2C susu pekat manis (boleh dikurangkan kpd 1/4C) @ 1/2C susu sejat/evaporated milk + 4sb gula
  • 1/2C susu segar
  • Gula – jika perlu
  • Sedikit ice cubes – optional
CARA PENYEDIAAN
  • Rendam biji sagu dalam air paip selama sejam. Basuh dan tapis untuk buangkan lebihan kanji. Ketepikan.
  • Didihkan 1C air dalam periuk kecil, masukkan biji sagu tadi. Masak hingga lembut dan lutsinar dalam 4-5 minit. Tapiskan dalam penapis dan lalukan bawah air mengalir untuk elak sagu melekat. Ketepikan.
  • Buangkan kulit mangga dan dadu-dadukannya. Ketepikan 1/4C untuk perhiasan.
  • Blend baki mangga, susu sejat/susu pekat manis, susu segar, gula (jika perlu) dan ice cubes (jika mahu) hingga dapat pes yang smooth. Tambah susu segar jika inginkan adunan lebih cair.
  • Tuangkan dalam jug dan masukkan sagu yang sudah dimasak tadi. Kacau rata. Simpan dalam peti sejuk sebentar, atau boleh juga dituangkan dalam gelas/pudding cup.
  • Hiaskan atasnya dengan baki 1/4C mangga tadi. Sedap dimakan sejuk-sejuk.
  • Mango sago yang menggunakan susu sejat:

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN