Sesuai dimakan seisi keluarga . . ^_^

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

MAKARONI GORENG BEREMPAH

Sesuai dimakan seisi keluarga . . ^_^

BAHAN-BAHAN

  • A:-
  • 200 gm Makaroni
  • 2 sudu besar minyak
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
  • B:-
  • 1 biji bawang besar – dipotong dadu
  • 4 ulas bawang putih – dipotong dadu
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 camca biji sawi
  • C:-
  • 2 pek perencah bihun goreng
  • 1 sudu besar serbuk kari – dibancuh dengan sedikit air
  • 100 gm daging ayam – dipotong dadu
  • 1 1/2 sudu besar kicap pekat
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 3 pokok daun sawi – dipotong panjang
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Bawang goreng, daun kari dan cili untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • A:- Masukkan air ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih, masukkan pula makaroni, minyak dan garam. Rebus hingga empuk, toskan dan ketepikan.
  • B:- Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis kesemua bahan sehingga kekuningan.
  • C:- Masukkan pes perencah bihun bersama serbuk kari, tumis sampai pecah minyak.
  • Tamabahkan daging ayam dan goreng selam 2-3 minit.
  • Masukkan kicap pekat, serbuk pati ayam, makaroni dan daun sawi. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul selama 5minit sampai mesra.
  • Bolehlah dihidangkan, hias dengan bawang goreng, daun kari dan hirisan cili merah.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN