Boleh menggunakan pelbagai jenis “pasta”.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Makaroni Bakar
Boleh menggunakan pelbagai jenis “pasta”.
BAHAN-BAHAN
- 200 g makaroni, direbus hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak
- 300 g udang hidup, dibersihkan
- 1 tangkai cili merah, dihiris
- 1 tangkai cili hijau, dihiris
- 50 g cendawan butang, dihiris nipis
- 100 g parutan keju cheddar
- 1/2 cawan potongan daun kucai
- Bahan Kastad:-
- 5 biji telur gred A
- 200 ml susu cair
- 2 camca besar mentega cair
- 2 camca teh tepung gandum
- 1 camca teh gula
- 1 camca teh garam
- 1 camca teh serbuk lada sulah
CARA PENYEDIAAN
- Dalam bekas besar, satukan semua bahan kecuali bahan untuk kastard. Gaul rata dan ketepikan.
- Dalam bekas lain, satukan bahan kastad dan kacau rata menggunakan pemukul.
- Satukan kastad ke dalam No.1. Gaul rata dan isikan ke dalam acuan muffin berlubang 12 (berisipadu 1/2 cawan setiap satu lubang) yang telah disapu dengan mentega. Isi hingga penuh. Bakar 20 minit pada suhu 180C. Hidangkan bersama sos cili.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.