Ubahsuai dari resepi muffin lain… sebab nak habiskan krim pepejal/kental (‘thicken cream’). Pertama kali buat muffin dengan krim tu, lembut dan lembap!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lemon Muffin

Ubahsuai dari resepi muffin lain… sebab nak habiskan krim pepejal/kental (‘thicken cream’). Pertama kali buat muffin dengan krim tu, lembut dan lembap!!

BAHAN-BAHAN

  • *Bahan-bahan kering*
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/4 sudu kecil garam
  • * * * * * * * *
  • 1/2 cawan mentega (tanpa garam)
  • 1 cawan gula halus
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan krim kental (‘Thicken Cream/Whipping Cream’)
  • 3 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu besar kulit lemon diparut
  • * * * * * * * *
  • *Bahan-bahan untuk lapisan atas (‘topping’)*
  • 1 sudu besar kulit lemon diparut
  • 2 sudu besar gula pasir
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven, 175C.
  • Campur dan ayak bahan-bahan kering. Diketepikan.
  • Dalam mangkuk lain, pukuk mentega dengan gula sehingga berkrim.
  • Masukkan telur dan pukul sampai sebati.
  • Masukkan jus lemon, kulit lemon dan krim kental, kacau sampai sebati.
  • Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikt.
  • Isikan 4/5 penuh bekas muffin. Untuk lapisan atas tu, campur kulit lemon dengan gula dan taburkan ke atas muffin.
  • Bakar selama 13-15 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN