Sate ayam yang selamat dipegang oleh kanak-kanak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lemon Grass Chicken Sticks

Sate ayam yang selamat dipegang oleh kanak-kanak.

BAHAN-BAHAN

  • 400 gram isi ayam
  • 1 biji putih telur
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji cili merah – cincang halus
  • 3 batang daun ketumbar – dihiris
  • 8 batang serai
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar isi ayam bersama telur, lada hitam dan garam. Kemudian masukkan cili merah dan daun ketumbar dan gaul rata. Sejukkan dalam peti ais seketika.
  • Sementara itu bersihkan dan basuh batang serai.
  • Kepalkan isi ayam pada batang serai untuk melicinkan permukaannya, basahkan tangan dan kepal-kepalkan isi ayam. Sapukan sedikit minyak di atasnya.
  • Pilihan 1: Bakar dalam pembakar snek selama 5 minit.
  • Pilihan 2: Bakar dalam oven, suhu 170 darjah selama 20 minit.
  • Hidangkan dengan sos. Saya jadikan lauk untuk anak dan daging burger. Rasanya seperti makan bebola ayam.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN