Masakan tradisional Melayu setiap kali Hari Raya…kaedah penyediaan yg berbeza disesuaikan mengikut tempat & keadaan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lemang Perantau Perth

Masakan tradisional Melayu setiap kali Hari Raya…kaedah penyediaan yg berbeza disesuaikan mengikut tempat & keadaan.

BAHAN-BAHAN

  • • 1 kg Beras pulut
    • 1 ½ liter santan pekat
    • ½ liter air
    • Garam secukupnya
    • Daun pisang secukupnya
    • Aluminium Foil
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Basuh dan rendam beras pulut (anggaran masa pagi ke petang ler)

    2. Toskan beras pulut.

    3. Sediakan kukusan, kukus beras pulut (letak pulut di dalam Loyang) kira-kira 10minit (tanpa santan – first round)

    4. Dalam masa yg sama, sediakan santan (santan pekat dicampur dgn air & garam secukupnya), bahagikan santan kpd 3 bahagian.

    5. Keluarkan beras pulut, gaul rata 1 bhgn santan dgn beras pulut. Kukus semula kira-kira 10minit

    6. Ulang proses yg sama (gaul santan dgn pulut) sehingga habis santan &; beras pulut masak rata.

    7. Daun pisang di layurkan di atas api secukupnya.

    8. Letakkan sedikit pulut yg telah dikukus tadi diatas daun pisang, mampatkan & gulung (#jalur daun pisang sama spt kita wat lemang bakar – bila daun pisang da dilayurkan diatas api, maka senang nk digulung daun pisang tersebut)- kalau boleh jgn terlalu tebal, sedang elok spt lemang bakar ler

    9. Selesai menggulung, satu bhgn hujung daun di lipat (mcm lipat pengat pisang pun ok), manakala di satu bhgn lagi, cuba mampatkan isi lemang tu (sebijik mcm wat lemang bakar ler) then bila da rasa isi lemang tu da elok mampatnya, lipat lagi satu bhgn hujung daun.

    10. Kemudian balut dgn aluminium foil

    a. kalau pengukus anda besar, elok kiranya dikukus semula lemang yg telah digulung kira2 dlm 10 minit

    b. jika tidak, terus masukkan kedalam oven untuk dibakar pada suhu 150-170dc.

    11. Bakar di dalam oven kira2 dlm 2jam (bergantung kpd anda, jika nk lemang byk kerak, bakar lebih lama)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN