Resepi yang mudah dimasak,,hanya 15 minit..sedap dimakan begitu sahaja atau dengan nasi.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Lala Masak Halia
Resepi yang mudah dimasak,,hanya 15 minit..sedap dimakan begitu sahaja atau dengan nasi.
BAHAN-BAHAN
- 1kg lala
- 4 ulas bawang putih – dicincang halus
- 1 biji bawang besar – dipotong bulat atau separa
- 10 biji cili padi merah + hijau – dipotong memanjang
- 3 inchi halia – dipotong halus memanjang
- 1 biji cili besar merah – dipotong serong
- Daun ketumbar – dibuat hiasan
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak
- 2 sudu sos tiram
CARA PENYEDIAAN
- Masak lala tanpa menggunakan minyak..tutup kuali dan biakan seketika sehingga lala masak..Masukkan lala di mangkuk dan asingkan airnya dimangkuk yang lain.
- Masukkan sedikit minyak,tumis bawang putih,bawang merah,halia dan cili padi sehingga naik bau..
- Masukkan cili besar merah,sos tiram dan sedikit garam..kacau rata..
- Curahkan air lala..gaul dan rasa tahap masin..jika kurang,tambah sedikit garam.
- Masukkan lala..gaul sekata..jangan lupa masukkan daun ketumbar sebelum api ditutup..
- Lala siap dimasak..boleh dihindang untuk dimakan beramai ramai..
SELAMAT MENCUBA!!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.