Laksam ni fav mummy masa student dulu, kalau ade jer pasar malam, mesti beli, rupanya mmg nak jadi org kelate. bile dah duduk sini teringin jer nak mkn, so cari resepi through net, byk jenis dah try and error, so edit ikut citarasa sendiri, and this is the best resepi yg dah buat

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Laksam kelantan

Laksam ni fav mummy masa student dulu, kalau ade jer pasar malam, mesti beli, rupanya mmg nak jadi org kelate. bile dah duduk sini teringin jer nak mkn, so cari resepi through net, byk jenis dah try and error, so edit ikut citarasa sendiri, and this is the best resepi yg dah buat

BAHAN-BAHAN

  • Resepi Laksam:
  • 3 cawan tepung beras
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 6 cawan air
  • sedikit garam
  • Resepi kuah:
  • 3 ekor ikan sardine (makeral)
  • 1 tin santan
  • 1/2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inchi halia
  • 1 btg serai (besar punya)
  • 2 kiub pati ayam/ikan bilis (not necessary)
  • 2 sudu kerisik
  • lada sula
  • asam keping
  • 1 inchi lengkuas
  • beberapa helai daun kesum (not necessary)
  • Bahan tambahan:
    Telur rebus, Salad, Timun, Taugeh, Sambal belacan, Chili tumbuk, Kacang panjang dll
CARA PENYEDIAAN
  • cara-cara membuat laksam:
  • Campur semua bahan dan gaul sebati.Perap dlm setengah jam.
  • Sementara tu sediakan kukus atas api
  • Sapu sedikit minyak pada loyang @pinggan. Letak pinggan@ loyang dlm kukus.
  • Tuang 2 senduk
  • Kukus sampai agak keras, tidak berair.
  • keluarkan dan tunggu suam terus gulung
  • cara-cara membuat kuah:
  • Rebus ikan sampai masak
  • kisar halus bahan: bawang merah, putih, serai, halia, tumis dlm periuk (minyak sikit)
  • masukkan garam, lada sula, asam keping, kerisik, lengkuas, daun kesum dan gula (ikut sukahati)
  • kacau sebati, sampai naik bau
  • Tapis ikan dgn air rebusan, simpan air rebusan,
  • Ikan yg ditapis blendkan sampai hancur, masukkan kedalam periuk yg berisi bahan tumisan. cacau
  • Tapiskan air rebusan ikan kedalam periuk tadi
  • kacau sampai mendidih dan masukkan santan dan kiub , kacau lagi hingga mendidih, rasa garam dan gula, tambah ikut citarsa
  • potong2 laksam, dah boleh hidang and makan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN