Masakan Kelantan – ubahsuai resepi dari Ida

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Laksam

Masakan Kelantan – ubahsuai resepi dari Ida

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 cawan air suam
  • (Bahan Kuah)
  • Ikan (direbus, dibuang tulang) – macam nak buat laksa
  • Sedikit halia
  • Sedikit bawang putih
  • Sedikit bawang merah/besar
  • Sedikit lada hitam/serbuk lada hitam
  • Santan
  • Asam keping
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • (Bahan Ulam)
  • Timun, kacang panjang, taugeh, daun kesum (dipotong halus)
  • (Cili)
  • Cili merah
  • Belacan
  • Garam
  • Limau
CARA PENYEDIAAN
  • Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak – untuk mengelak dari melekat. Ambil sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  • Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung – supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis.
  • Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  • Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan, tambah garam sikit dan perahkan limau.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN