Masakan Johor

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Laksa Johor Ori

Masakan Johor

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket spaghetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
  • **Bahan A – (direbus dan dimesin – asingkan) **
  • Ikan kembong + ikan parang (jika suka) – 1 kilo
  • Udang basah 100gm
  • Isi ikan kurau – 10 gram dibakar
  • 1 1/2 paket kecil udang kering 50gm
  • **Bahan B (dimesin)**
  • Bawang besar – 3 biji
  • Cili kering – 15 tangkai
  • Halia – 2 ibu jari
  • Lengkuas – 2 ibu jari; kunyit hidup – 2 ibu jari
  • Serai – 2 batang diketuk untuk tumis
  • Asam keping – 2 keping (masuk dalam kuah)
  • Santan pekat 1 kotak / lebih
  • 1 paket kerisik
  • 1 paket kecil rempah kari
  • Bawang putih -3/4 ulas
  • **Bahan Hias**
  • Limau kasturi belah 2 dan buang biji
  • Timun di racik halus
  • Tauge buang ekor (segar)
  • Jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
  • Bawang besar – hiris halus
  • Lada merah/lada hijau – dihiris
  • Daun kesum / daun selasih (utk hiasan) dan sedikit bunga kantan diracik halus (daun kesum & bunga kantan dimasuk juga dalam kuah)
  • Kicap kipas udang / kicap manis
  • ** Sambal Belacan
  • Lada merah 5/6 biji
  • Belacan melaka – 30 gram dibakar
  • Bawang Merah 1 biji kecil, garam dan sedikit Ajinomoto
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • Rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan.
  • **Penyediaan kuah**
  • Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi.
  • Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit .
  • Masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
  • Masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan 2 mangkuk air.
  • Masukkan asam keping.
  • Tambah garam dan gula untuk rasa.
  • Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 – 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk.
  • **Sambal belacan**
  • Mesinkan semua bahan dan hidangkan.
  • Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN