Senang sangat..resepi sendiri…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Laksa Asam

Senang sangat..resepi sendiri…

BAHAN-BAHAN

  • 500gm laksa basah – direndam dalam air panas sebentar
  • 1 biji timun dihiris panjang
  • 3 biji telur rebus dibelah 4 setiap satu
  • 4 biji limau kasturi dipotong 2
  • 1 bawang besar dimayang
  • Bahan-bahan untuk kuah:- *4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
  • *8 keping asam keping
  • 2 tangkai daun kesum
  • 1/2 bunga kantan
  • Bahan kisar :-
  • 8-10 cili kering (ikut pedas)
  • 2.5cm belacan
  • 1 biji bawang besar
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan yang direbus, ditos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
  • Isi ikan dikisar.
  • Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan kisar yang lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
  • Masukkan garam secukup rasa. Bolehlah dihidangkan.
  • Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi (bagi mereka yang suka pedas).

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN