Resipi dari internet cari.com (sumbangan Cranko)… ringkas dan sedap..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kung Pao Chicken

Resipi dari internet cari.com (sumbangan Cranko)… ringkas dan sedap..

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 600 gm ayam
  • Tepung jagung
  • Garam
  • Bahan B:
  • 100 gm kacang gajus – goreng dan toskan minyak
  • 30 gm lada kering – pilih yang lebar dan potong dalam 1 – 1.5 inci panjang
  • 2 biji bawang besar (kuning) – potong dadu besar-besar
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
  • 1 biji lada benggala hijau- potong lebar sedikit
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1/4 cawan air
  • Minyak untuk menumis
  • Garam- jika perlu
  • 2 inci halia – ditumbuk halus
CARA PENYEDIAAN
  • Bahan A – isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung, kemudian goreng dan toskan.
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  • Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan.
  • Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
  • Masukkan lada benggala, isi ayam dan sos tiram dan sos cili dan sedikit air.
  • Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api…. dalam gambar ni… saya tak letak kacang gajus… rasa dia sedap juga.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN