Kulat ni mmg agak sukar didapati sekarang. Kalau dpt tu, cuba2 la masak utk hidangkan kat anak2 supaya dorang tau kulat ni sedap. Ni pon tgh makan baru teringat nak ambik gambar. Harap2 generasi akan datang masih kenal dgn kulat sisir ni… Kira kulat ni “spesis terancam” hehehe…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kulat sisir masak lemak udang

Kulat ni mmg agak sukar didapati sekarang. Kalau dpt tu, cuba2 la masak utk hidangkan kat anak2 supaya dorang tau kulat ni sedap. Ni pon tgh makan baru teringat nak ambik gambar. Harap2 generasi akan datang masih kenal dgn kulat sisir ni… Kira kulat ni “spesis terancam” hehehe…

BAHAN-BAHAN

  • 1 pot – Kulat sisir, direndam dan dibersihkan
  • 10 ekor udang sederhana
  • 1 kotak kecil santan pekat – kalau nak cair, tambah air
  • 1 batang serai dititik
  • # 4 ulas bwg merah
  • # 2 ulas bwg putih
  • # 1 inci kunyit hidup
  • # 5-10 tangkai cili api (ikut kepedasan masing2)
  • 1 helai daun kunyit dikoyak-koyak
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 1 keping asam keping @ gelugor
  • Sedikit minyak utk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Blender bahan2 bertanda #. Ketepikan
  • Panaskan minyak, letak serai yg dititik tadi. Kacau hingga naik bau. Masukkan bahan blender. Masak sampai pecah minyak.
  • Masukkan kulat sisir, udang, santan, daun kunyit, garam, perasa dan asam keping. Perasakan kuah. Biar didih, kemudian matikan api. Siap ;)
  • Ni eenat ambik gambar dr resepi kulat sisir Rosnani. Pssttt…Nani, eenat tumpang tempek yer, nak ambik yg baru kulat dah yelek pocik. Tq yer nani !!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN