sesuai untuk penggemar kacang dal

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih vadei

sesuai untuk penggemar kacang dal

BAHAN-BAHAN

  • 500gm kacang dal direndam selama 6 jam
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 biji cili hijau dibuang biji dan dihiris halus
  • 1 tangkai daun kari diracik halus
  • 1 sudu makan ikan bilis dikisar halus
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan rempah kari
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Tos kacang dal dan dikisar sederhana halus dan ditapis. Buang airnya. Campurkan semua bahan kecuali minyak ke dalam kacang dal kisar dan gaul hingga sebati.
  • Panaskan kuali, ambil sedikit adunan dibulat-bulatkan dan leperkan sedikit dan goreng di dalam minyak panas.
  • Ulang seperti cara 2 hingga adunan habis.
  • setelah selesai menggoreng, bolehlah dihidangkan bersama minuman teh atau kopi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN