lebih kurang mcm tepung pelita, tapi menggunakan tepung gandum dan dikukus…sedap dimakan bila2 masa….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Limas

lebih kurang mcm tepung pelita, tapi menggunakan tepung gandum dan dikukus…sedap dimakan bila2 masa….

BAHAN-BAHAN

  • Bahan untuk lapis bawah ( HIJAU ) :
  • 2 cawan santan cair
  • 2 helai daun pandan dan sedikit pewarna hijau
  • 7 sudu besar tepung gandum
  • Cara :
    – Kisar daun pandan dengan santan cair dan tapis, masukkan tepung gandum dan tambah warna hijau jika perlu dan kisar lagi untuk sebatikan. Ketepikan.
  • Bahan untuk lapis atas ( Putih ) :
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 – 3 sudu besar tepung gandum
  • teh garam secukup rasa
  • Cara :
    – Kisar semua bahan untuk sebatikan dan ketepikan. ( Jika tak guna pengisar untuk sebatikan, adunan perlu ditapis supaya tak berketul.)
  • *******Gula pasir secukupnya untuk dijadikan lapisan air gula.
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan pengukus .
  • Letakkan 1 sudu kecil gula pasir dalam bekas acuan dan tuang adunan lapisan bawah ( WARNA HIJAU ). Agak2 setengah bekas. Kukus selama 10 minit dengan api sederhana .
  • Kemudian tuang adunan atas ( PUTIH ) dan kukus lagi selama 10 minit. Sedap dimakan ketika panas atau sejuk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN