resepi dapat daripada kenalan yang expert kuih2 melayu

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Lapis Tiga Warna

resepi dapat daripada kenalan yang expert kuih2 melayu

BAHAN-BAHAN

  • 160 gm Tepung Gandum
  • 150 gm Tepung Beras
  • 20 gm Tepung Ubi
  • 20 gm Tepung Jagung
  • 400 ml santan pekat dari sebiji kelapa
    (guna santan kotak ok, tapi santan fresh lagi best hasilnya)
  • 700 ml air
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna ungu, hijau dan pink
  • Loyang yang telah dilengserkan sedikit minyak
  • 250 gm gula
CARA PENYEDIAAN
  • Di dalam bekas sesuai bancuhkan semua tepung dengan santan dan garam, kacau sebati.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau gunakan whisk atau mixer biar sebati.
  • Panaskan air kukusan, sementara menunggu air menggelegak, bagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama rata.
  • Letakkan pewarna kepada adunan tadi (sekurangnya 1/8 sudu teh untk mendapatkan warna yg sesuai)
  • Bahagikan adunan masing2 kepada 3 bahagian untuk mendapatkan 3 lapisan berturutan. Kuih lapis ini dapat 9 lapis.
    Lapisan pertama kukuslah selama 5 minit hinggalah ke lapisan terakhir kukus selama 20 minit.
  • Setelah masak sejukkan dahulu sebelum dipotong untuk dihidangkan. Selamat Mencuba

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN