Sedap untuk makan petang ni. Satu lagi resipi mama.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Ketayap / Gulung

Sedap untuk makan petang ni. Satu lagi resipi mama.

BAHAN-BAHAN

  • Kulit:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan (boleh diganti dengan susu segar)
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Inti:
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
  • 1 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
  • Inti: Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  • Kulit: Kelapa parut tadi dikisar dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika guna santan segera, hanya kisar dengan daun pandan dan tapis. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk, letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah dikisar dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika nak warna asal ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
  • Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung: lipat kedua-dua tepi sedikit dan gulung melintang. Ulangi sehingga adunan tadi habis). Siap untuk disantap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN